Monday, April 18, 2011

Spider - Kasih Latifah

Kasih Latifah

Makin puja, makin cinta menusuk kalbumu
Dalam naik turun nafas menjunjung namamu
Makin asyik, makin jauh dihanyutkan rindu
Tiap saat ketika kudambakan wajahmu

Makin puja, makin cinta menusuk kalbumu
Dalam naik turun nafas menjunjung namamu
Makin asyik, makin jauh dihanyutkan rindu
Tiap saat ketika kudambakan kasihmu

Janganlah kau seksa diriku yang lemah
Sedangkan kau sedar semua ini
Bukanlah satu permintaanku

Makin puja, makin cinta menusuk kalbumu
Dalam naik turun nafas menjunjung namamu
Makin asyik, makin jauh dihanyutkan rindu
Tiap saat ketika kudambakan jiwamu

Janganlah kau seksa lagi
Diriku yang lemah dan hina ini
Sedangkan kau sedar semua ini
Bukanlah pilihanku

Aku sanggup cabar sesiapa saja
Yang sempat memandang cahaya kau itu
Dan tidak tergoda (wajahmu)
Tersungkur jatuh (kasihmu)
Menuntut kasih Latifah (jiwamu)

Makin puja, makin cinta menusuk kalbumu
Dalam naik turun nafas menjunjung namamu
Makin asyik, makin jauh dihanyutkan rindu
Tiap saat ketika kudambakan wajahmu
Tiap saat ketika kudambakan kasihmu
Tiap saat ketika kudambakan jiwamu

Sumbangan Budak Comel & Shukri_realmadrid85

P. Ramlee - Nak Dara Rindu

Nak Dara Rindu

Di Waktu Malam Bulan Mengambang
Sunyi Damai Damai Sekeliling Ku
Terdengar Nan Sayu Bintang Seribu
Membujuk Rayu Kerna Merindu
Lagu Yang Dulu

Di Waktu Malam Bulan Purnama
Angin Laut Meniup Niup Tenang
Mengatakan Sayang Berlagu Merdu
Bermadah Ayu Lemah Mendayu
Nak Dara Rindu

Tanjung Katung Airnya Biru
Tempat Mandi Nak Dara Jelita
Sama Sekampung Sedangkan Dirindu
Ini Kan Lagi Hai Jauh Di Mata

Tanjung Katung Airnya Biru
Tempat Mandi Nak Dara Jelita
Sama Sekampung Hai Sedang Dirindu
Ini Kan Lagi Hai Jauh Di Mata

Sumbangan Kuad JPA

2BY2 dan Liza Hanim Tragedi Tenda Biru

Tragedi Tenda Biru

Tak sengaja lewat depan rumahmu
Ku melihat ada tenda biru
Dihiasi indahnya janur kuning
Hati bertanya pernikahan siapa

Tenda biru menjadi saksi bisu
Berakhirnya ikatan cinta kita
Ku sengaja tak ku kirim undangan
Aku tak mahu menghancurkan hatimu

( korus )
Tanpa undangan diriku kau lupakan
Tanpa utusan diriku kau tinggalkan
Tanpa bicara kau buat ku kecewa
Tanpa berdosa kau buat ku merana

Jangan kau anggap aku bahagia
Di atas luka dan tangisan hatimu

Bukan maksudku membuat kau kecewa
Bukan maksudku membuat kau terluka
Bila kini ku bersanding dengannya
Ini semua kerna pilihan bonda

Tanpa ku sedar ku telah ditunangkan
Tanpa ku duga telah terjalin ikatan
Tanpa ku kenal yang jadi pendampingku
Tanpa kuasa semua ku terima

Ku tak percaya dirimu tega
Nodai cinta khianati cinta

Jangan kau anggap aku bahagia
Di atas luka dan tangisan hatimu

Sumbangan RinaMS

Jamal Abdillah - Sepi Seorang Perindu

Sepi Seorang Perindu

Diragut rindu padamu
Terasa kuatnya cintaku
Terbangkit resah terpandang wajahmu
Bertambahlah kasih sayangku

Sesaat kau tak ku pandang
Terasa sepinya jiwaku
(Tertunduk@tersungkur) aku hadirnya dirimu
Walaupun sekelip mata

Betapa sepinya hidup seorang perindu
Dihanyut oleh keresahan
Rindu hatiku tak jemu padamu
Selagi kau masih ku cinta

Biar apa pun yang memisahkan
Namun ku tetap menyintaimu
Selagi hidup belum berakhir
Selagi itu ku merinduimu

Ku seorang perindu sepi
Tak jemu ku terus menanti

Sumbangan Nickie Bee

Friday, April 15, 2011

maruah, harga diri, kehormatan anda perlu dijaga

maruah, harga diri, kehormatan, kesucian dan macam2 lg istilah yg ada; perlu dijaga

kalau maruah sudah tercalar akibatnya malu dan aib menghantui diri.

kenapa mudahnya maruah tercalar? sbb manusia suka mengikut nafsu...

akibatnya...gejala sosial, hilang dara/teruna, lahir anak luar nikah, buang bayi dll...

bg aku, dara/mahkota gadis adalah suatu benda yg tak ternilai bg seorg gadis,kenapa ianya tidak ternilai? ini krn nilai bagi dara/mahkota kegadisan bg wanita adalah terlalu tinggi sehingga kita tak mampu utk meletakkan nilainya. Cuma aku sedih kenapa dara/mahkota kegadisan yg terlalu tinggi nilainya ini diserahkan dengan sewenang-wenangnya oleh anak gadis remaja skrg ni kpd teman lelakinya. Adakah mereka fikir sang Lelaki ini akan bertanggung jawab diatas perbuatannya tu? jawapannya tidak sama sekali.

Sbb seorg lelaki yg bertanggugjawab tidak akan cuba utk merosakkn org yg dicintainya walau dgn apa cara sekalipun. kalau teman lelaki ajak pegang2, ringan2 ke... jgn plak korang turut mcm org bodoh...lebih bijak kalau korang mintak putus lg bagus

"habis madu sepah dibuang,inilah reality nasib yg menimpa anak remja kita skrg ni. Sbg seorg muslim, aku sedih melihat gadis2 yg seagama dgn aku begitu mudah terpedaya dgn pujuk rayu lelaki, seolah-olah mereka menyayangi teman lelaki lebih drp sayang kpd diri sendiri. dara/mahkota kegadisan yg seharusnya diserahkan kpd lelaki yg berhak dgn ikatan cinta sejati sebuah perkahwinan TETAPI dgn mudah diserahkan kpd yg tak berhak tanpa apa-apa ikatan perkahwinan. Dimanakah maruah dan harga diri wahai gadis2 remaja?

Tapi bg pasangan yg bercinta, seks itu bukanlah kayu pengukur menunjukkan kesetiaan/kasih sayang cinta mereka, banyak lagi perkara yg boleh dijadikan sbg bukti percintaan mereka. Krn Bagi yg berpegang teguh kpd ajaran agama, mereke tidak mudah hanyut dlm arus cinta yg tiada noktahnya tu, krn mrk tahu bhw seks/zina itu merupakn perbuatan terlarang dan sudah pasti akan mengundang azab tuhan disamping menerima pandangan aib masyarakat sekeliling..

ape? dara tak penting?

oooiii penting lerrr... sapa mau pada buah yang busuk dan berulat...eeeiii tak nak...
senang-senang bagi kat orang lain kendian nak menagih cinta/sayang kat kita lak...cehhh boleh blah....sapa nak barang terpakai...sori yeah!

DARA tu mmg le penting bagi seseorg pompuan kerana itulah yg menunjukkan betapa dia pandai menjaga kehormatannya sendiri...sekiranya pompuan tu masih DARA lagi ketika perkahwinannya dgn suaminya itulah MEMBUKTIKAN yg pompuan tu adalah BERMARUAH dan tahu MENJAGA DIRI...faham!

bila si gadis hilangnya dara, siapa nak??? aku juga taknak bertemu jodoh ngan pompuan camni krn aku tak menginginkannya. ...jgn kata aku tak open mind...ape open mind? kaki zina? maksiat? bekas ludah kencing orang? karut la kalau ada nak isterikan korang...lagipun telah termaktub dlm alquran surah annur(lupa ayat keberapa)menjelaskan bhw tak akan berkahwin seorg pompuan penzina itu melainkan dgn lelaki penzina, begitu juga sebaliknya. bab2 dara takde open2 mindnye...mak bapak korang pun ada open mind ke? silap kene bedal, kene hambat dgn batang penyapu adalah...

Tapi jika seorang lelaki kalau sudah ditakdirkan jugak beristerikan pompuan camni...kasihan...jika lelaki itu terpaksa terima walaupun pahit...aku rasa tak lama la

semua lelaki nak yg dara, aku pun sama tapi katakanla kalo anda lelaki dah tak teruna lagi, so camna? adakah anda akan menerima pompuan yg se"spesies" kaki zina mcm anda?

pergh...abede,sindiran yg pedas lagi sinis hahahhah,

lelaki ni ada teruna ke,takde teruna ke sama je tapi kalo yg pompuan tu kalau dah tak dara lagi tetap dipandang serong oleh masyarakat,ye dak?

Aku rasa lelaki walaupun dah tak teruna masih lagi cari yang dara, suci, pure....except yg konon open minded giler ah...tp aku rasa lelaki yg bodoh saja sudi terima...memang tak adil kan?

kalau suami korang nanti tak terima korang...jgn kata dia tu tak open mind la. sapa nak bekas2 orang ni...

salah sape? salah lelaki? kenapa plak?

tapi saya hairan naper masyarakat zaman skrg ni meletakkan kesalahan 100% pd gol. pompuan. Sedangkan jantan durjana yg meragut kesucian dirinya tak pula dipersalahkan. Cubala tanya kpd pasangan yg bercinta yg terlanjur,siapa yg mulakan dulu kalau hingga berlakunya sex kalau tidak si jantan.

Psl tak semua pompuan ni mudah bg mahkotanya tu kat lelaki, sbb kalu sang lelaki ni tak mula dulu takkanla si pompuan ni bg response...iye ke? pikir dulu betul2...

"bg pasangan yg becinta dan terlanjur,siapa yg mulakan dulu kalau tidak si jantan"

sebab lelaki yg memulakan? sebab lelaki tak kawal nafsu? ramai perempuan pasti yg ramai menyokong pendapat diatas...

tanpa angin masakan pokok bergoyang, tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi...Ye dak? mana boleh awak nak salahkan kaum lelaki 100%.

hakikatnya, kaum lelaki terseksa...iye lah!

gadis2 berpakaian tp terlanjang...baju seluar ketat2...Jika ancaman ini sudah jelas, kenapa sebahagian wanita masih lagi membuka auratnya di khalayak ramai? Kenapa mereka begitu mudah mempamerkan dada ranum milik mereka di depan orang lain? Kenapa mereka masih senang memperlihatkan rambut yang wajib ditutupi? Kenapa mereka masih suka menampakkan telapak kaki yang juga harus ditutupi? Kenapa pula masih bahagia menonjolkan leher?! korang jawab la sendiri~

tubuh2 mereka terdedah ditayang disegenap ruang alam maya ni...duk tayang bentuk tubuh mereka...Apabila pakaian tersebut dipakaikan oleh seseorang perempuan, maka teraniayalah kaum lelaki. Sebabnya? wanita tak sedar mereka melakukan gangguan seksual pada kaum lelaki.

lelaki suka lihat perempuan yang cantik dan seksi hanya untuk pandangan mereka semata2...tetapi jika mereka mahu cari calon isteri mereka kan cari yang "TERPELIHARA"

kenapa pulak salah lelaki? sebab tengok org perempuan tayang body? sudah sifat dari azali lelaki sukakan pada perempuan...kecuali mereka yg songsang...

Sila perhatikan firman Allah taala di bawah ;

"Dihiaskan (diuji) bagi manusia itu, nafsu syahwat dan keinginan serta kecintaan kepada wanita, anak-anak, harta..." (ali imran : 14)

dan dalam hadis nabi berikut ;

"Tidak aku tinggalkan fitnah selepasku yang lebih boleh membawa mudarat kepada lelaki selain wanita" (Riwayat Al-Bukhari, 7/11, bab Zikir & Doa )

Haa...! Nampak tak betapa bahayanya wanita bagi seorang makhluk yang dipanggil lelaki. Ancaman besar tuh. Nabi sendiri yang cakap, manusia yang tidak pernah berbohong, dan setiap perkataan yang keluar dari mulutnya tidak dipengaruhi oleh nafsu.

camane lelaki nak jaga syahwat mereka kalo hari2 mereka dihidangkan jamuan mata yang menggiurkan oleh orang2 perempuan? Lepas tu timbullah masalah rogol, cabul segala bagai. Tak perlu lah tuding jari pada sesape sebab ianya berpunca dari diri pompuan sendiri. Cuba bayangkan kalo sumer orang pompuan pakai pakaian yang tertutup. Bukan aurat je, seluruh badan terus. bermula dari kepala sampailah kaki. Tade satu pun yang terdedah, kecuali mata. Kalo nak tutup mata pun boley gak, guna kain kelambu tu ke..haha. Mesti masalah sosial yang berleluasa sekarang akan dapat dibendung. Pastu pulak, kulit2 korang pun akan jadi makin putih sebab sumernya tertutup, tak kena panas, tak hitam. Kan2? Tanak kulit putih ke?hakhakhak..~

bagi kaum wanita...peliharalah aurat dan maruah kalian..biar kita miskin harta asal kita kaya dengan adab dan kesucian diri..tak ade yang paling berharga dalam dunia ini sekalipun yang dapat menandingi nilai maruah dan harga diri seorang wanita itu...jangan jadikan alasan sayang..cinta dan takut kehilangan insan yang bernama lelaki..kalian dengan mudah menyerahkan maruah dan harga diri...sekali terjebak...takkan dapat berundur..ingat lah...

perempuan itu cantik jika pandai menjaga maruah

jadi...masing2 jagalah diri masing2 agar masalah buruk yg menimpa kaum perempuan dan kaum lelaki sekarang ini dapat dihindar...

para gadis menjaga auratnya...dan para lelaki tidak diganggu secara seksual...masing2 menjaga...masing2 selamat dari tercalar maruah...

Thursday, April 07, 2011

pengaruh buruk program tv

kita lihat kini, program tv banyak membawa keburukkan dari kebaikkan. artis dipuja, gaya hidup artis diikuti oleh pemuda pemudi sekarang, bersosial, pergi disko, mabuk dan macam-macam lagi yang mampu anda pikirkan sendiri. keburukkan ini menimbulkan banyak penyakit-penyakit sosial dalam masyarakat. kita hanya cuba menghalang tetapi program tv makin banyak menyebarkan pengaruh buruk. siapakah yang bertanggungjawap memantau program tv? jika ada badan-badan yang memantau mengapakah masih ada program dan artis yang emberi pengaruh buruk dikaca tv? adakah mereka tidak menjalankan tugas mereka? apapun pengaruh buruk dari tv perlu segera dihentikan...

Sabar

Sabarlah menghadapi ujian-Nya.
jikalau tidak sabar, diri dikuasai amarah.
fikiran menjadi tidak matang, hingga perbuatan yang dilakukan memudaratkan.

ramai yang salah erti tentang sabar, sabar biarlah bertempat.
jika ditindas maka harus diadukan pada pihak berkuasa. bukan bersabar membiarkan penindas bebas.