Tuesday, May 24, 2011

subsidi oh subsidi

Kerajaan membelanjakan 12 j sebulan, dan isi rumah yg menggunakan takrif elektik kurang RM20/sebulan tak perlu membayar...Pada pendapat saya ianya tindakkan bijak yang dilakukan kerajaan. Ianya banyak membantu terutama golongan miskin.
aku tak paham la kenapa subsidi elektrik nak ditarik balik...

katanya elektrik ada kaitan dgn harga minyak dunia...kononnya negara kita menggunakan sumber minyak dan arang batu untuk menjana elektrik...

kenapa elektrik negara kita terikat pada harga minyak dunia?

sedangkan negara kita mempunyai banyak empangan hydro elektrik sendiri.

adakah kadar penghasilan elektrik diempangan hydro kita masih belum mencukupi sehingga kita masih bergantung pada sumber minyak dan arang batu untuk menjana elektrik?

adakah negara kita tak mampu menghasilkan tenaga elektrik yg tidak bergantung pada sumber minyak dan arang batu.

sedangkan kita boleh menikmati elektrik yang lebih murah tanpa subsidi.

bagaimana?

kerajaan mampu memberi subsidi 12 j/sebulan tp tidak mampu menghasilkan teknologi yang menghasilkan elektrik yang murah untuk rakyat???

atau ada pihak-pihak dinegara kita cuba mengawal harga elektrik hingga pada tahap tertinggi?
mereka yang menyandarkan harga semasa elektrik pada harga minyak dan arang batu dunia. menyebabkan rakyat terpaksa membayar harga mahal untuk elektrik. dan sudah tentunya wang subsidi masuk dalam poket mereka.

banyak teknologi-teknologi baru yang menghasilkan elektrik yang murah dan mampu mengurangkan dan mengelakkan kebergantungan kepada sumber minyak dan arang batu. tetapi golongan yang mengawal harga elektrik ini tidak akan mengunsulkan teknologi baru ini untuk kegunaan negara kita. kerana tindakkan itu bagai menghapuskan sumber rezeki dan periuk nasi mereka. mereka tidak akan mendapat keuntungan yang besar, jadi golongan seperti mereka nak makan apa? iya mereka tak makan nasi, tetapi meraka makan subsidi, mereka jenis tak kenyang.

sepatutnya subsidi digunakan untuk meringankan beban rakyat.
subsidi harus digunakan untuk menghasilkan dan mendapatkan teknologi baru yang mampu menghasilkan elektrik yang murah (tidak bergantung pada minyak dan arang batu).
bukannya subsidi itu digunakan untuk mengurangkan harga semasa elektrik, dimana sampai satu tahap wang subsidi habis dibelanjakan tetapi tiada hasil didepan mata.



No comments: