"leave the past in the past, and enjoy the present of the present for the future in the future".
ada segelintir pihak dinegara kita yang menghasut generasi baru tentang peristiwa 13 mei dahulu. tindakkan ini bagai melepaskan racun perkauman dalam masyarakat kita yang majmuk. yang lebih mengujutkan hasutan ini dilakukan oleh golongan pendidik@guru, menurut sumber cerita, dia mendedahkan pahaman yang salah tentang 13 mei pada anak-anak didiknya. bukankan itu tindakkan yang akan menjejaskan kemakmuran kaum dinegara kita. pastinya anak-anak yang terhasut akan merasa tidak selamat, menjeling curiga terhadap bangsa yang lain dari mereka.
tindakkan sebegitu bukankah akan merosakkan hubungan yang terjalin mesra antara pelbagai kaum dinegara kita. kemakmuran yang kita miliki sekarang ini bukan satu yang kita dapat miliki dalam sehari, sebulan mahupun setahun. ada negara yang masih tidak dapat menyatukan pelbagai bangsa walaupun 100 tahun membentuk negara. kita patut bersyukur dengan kemakmuran kaum dinegara kita. bukan itu saja, kemudahan, kemajuan, pembangunan negara ini kita nikmati bersama sama.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment